Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom semasa pelancaran Persidangan Rabies In Borneo hari ini. Foto: Febbright James

RIB 2023 platform tangani isu rabies di Sarawak

ByFebbright James

KUCHING, 31 Oktober: Persidangan Rabies in Borneo (RIB) 2023 menjadi platform untuk Sarawak menangani krisis rabies menerusi penerokaan strategi kawalan wabak berkenaan.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata persidangan yang menghimpunkan barisan pakar dan golongan profesional itu untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing di sini.

Sasaran Sarawak sifar rabies 2025 mampu dicapai | TVS

“Rabies adalah penyakit yang boleh meragut nyawa tetapi 100 peratus boleh dicegah dengan vaksinasi. Melalui persidangan ini, ianya peluang untuk kita mengetahui tentang strategi kawalan dan pencegahan rabies terkini di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman kita,” katanya semasa pelancaran Rabies in Borneo 2023 di sebuah hotel terkemuka di sini.

Tambah beliau, sebanyak 72 kes rabies direkodkan melibatkan manusia di Sarawak dan 63 daripanya melibatkan kematian.

Beliau memberitahu majoriti jangkitan kes rabies di Sarawak melibatkan kanak-kanak di bawah unur 15 tahun kerana mereka lebih cenderung bermain dengan haiwan dan mendapat gigitan.

Oleh itu, katanya kerajaan giat melaksanakan pelbagai langkah pencegahan untuk memastikan Sarawak sifar rabies menjelang 2025.

“Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah untuk mengawal dan mencegah rabies, termasuk vaksinasi secara besar-besaran terhadap anjing dan kucing, pendidikan awam dan kempen kesedaran, pengawasan dan pemantauan penyakit itu. Setakat kini, hampir 30,000 ekor anjing telah diberi vaksin di seluruh Sarawak, dan program vaksinasi besar-besaran masih diteruskan.

“Di Sarawak, kita ada Immune Belt Enforcement Team (IBET) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk membendung isu rabies di sepanjang sempadan Sarawak-Kalimantan melliputi 1,200 kilometer dari Lundu ke Lawas. IBET akan berterusan memantau dan membendung jangkitan rabies menerusi perlaksanaan vaksinasi dan kerjasama dengan Jabatan Veterinar Sarawak (DVSS),” ujarnya.

Setakat ini, kata Rundi sebanyak 89 peratus anjing di kawasan IBET iaitu di persempadanan telah divaksin.

Tegasnya, kerajaan akan sentiasa menyokong segala inisiatif untuk memastikan Sarawak sifar rabies menjelang 2025 dan beliau mahu melihat penurunan jumlah kes pada tahun 2024.

Bertemakan ‘Breaking Boundaries: One Health for Rabies Elimination in Borneo’, persidangan ini akan menggariskan topik seperti Pengawasan Berasaskan Komuniti dan Pengurusan Gigitan, Penyakit Merentasi Sempadan: Kerjasama Antara Malaysia dan Indonesia, IBET: Kajian Kes di Sarawak dan Kepentingan Komunikasi dalam Kesedaran Rabies dan banyak lagi.

Persidangan ini turut disertai oleh kira-kira 400 peserta merangkumi doktor haiwan, profesional, organisasi dan jabatan kerajaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan