Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din (tengah) bersama pegawai menunjukkan kenderaan yang disita selepas berjaya merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM17.2 juta dalam lima serbuan di sekitar Kelantan pada 25 Okt lepas ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. Foto Bernama.

Polis rampas syabu bernilai RM17.2 juta

ByBernama

KOTA BHARU, 31 Okt: Polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Thailand dan merampas sebanyak 521 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai RM17.2 juta dalam lima serbuan di Kelantan pada 25 Okt lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata kesemua dadah itu dijumpai di dalam tiga kenderaan ketika serbuan dilakukan oleh JSJN Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kelantan.

“Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan lapan suspek iaitu tujuh lelaki tempatan dan seorang lelaki Thailand berumur dalam lingkungan 20 hingga 54 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah untuk pasaran tempatan.

“Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menyeludup masuk bekalan dadah dari negara jiran melalui jalan darat sebelum diedar untuk pasaran tempatan terutama di sekitar Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata sindiket terbabit dipercayai mula aktif pada awal Mei lepas dan saringan awal polis mendapati seorang suspek positif dadah jenis Benzo, manakala tujuh lagi negatif ujian air kencing.

“Semakan rekod jenayah mendapati lima suspek mempunyai rekod lampau kesalahan jenayah dan dadah. Lima kenderaan yang dianggarkan bernilai RM309,000 disita menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah ialah RM17.5 juta,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 Okt hingga 1 November bagi membantu siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan