Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bermula 1 hingga 30 November 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada Oktober 2023.Foto Bernama.

Pekebun kecil Sabah, Sarawak layak terima bayaran IPG

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pekebun kecil di Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bermula 1 hingga 30 November 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada Oktober 2023.

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), IPG getah sekerap dan lateks telah teraktif dengan bayaran pada kadar 30 sen sekilogram bagi 50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) dan 60 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK di Sabah.

Bagi Sarawak, IPG getah sekerap dan lateks teraktif pada kadar bayaran 40 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan 80 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK, jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

LGM menambah, bagi lateks, kadar bayaran adalah 90 sekilogram untuk 100 peratus KGK.

Lembaga itu juga memaklumkan IPG getah sekerap dan lateks tidak teraktif bagi Oktober 2023 di Semenanjung Malaysia justeru, tiada pembayaran IPG akan dilakukan bagi bulan tersebut.

Pada Oktober 2023, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap adalah RM2.75 sekilogram di Semenanjung Malaysia; RM2.40 sekilogram di Sabah dan RM2.30 sekilogram di Sarawak.

“Bagi IPG lateks, ia juga akan teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif. Kadar IPG lateks adalah tetap pada 90 sen sekilogram, lateks 100 pratus KGK,” jelasnya.

LGM menjelaskan bahawa mulai Januari 2023, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada di paras RM2.70 sekilogram ke bawah.

Peningkatan Paras Harga Pengaktifan (PHP) yang baharu itu merupakan inisiatif kerajaan melalui pengumuman Belanjawan 2023, jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan