Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober meningkat kepada 11,500, termasuk 4,710 kanak-kanak dan 3,160 wanita. Foto AFP.

Jokowi kutuk serangan Israel di Gaza, bimbang dengan krisis kemanusiaan

ByBernama

JAKARTA, 31 Okt: Presiden Joko Widodo mengulangi pendirian pemerintah Indonesia yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Jokowi berkata Indonesia amat marah dengan keadaan Gaza yang semakin meruncing, khususnya situasi kemanusiaan.

“Kami terus mengikuti perkembangan di Gaza dan pendirian Indonesia sangat jelas dan tegas: mengutuk sekeras-kerasnya serangan rambang terhadap orang awam dan kemudahan awam di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jokowi menyeru agar keganasan dihentikan serta-merta dan usaha ke arah gencatan senjata diusahakan dan Indonesia sedang giat berkomunikasi dengan pelbagai pihak untuk menyelesaikan isu itu.

Beliau turut menekankan keperluan agar bantuan kemanusiaan dipercepatkan dan bantuan pertama dari Indonesia akan dihantar minggu ini berdasarkan permintaan dan keperluan rakyat Palestin.

“Bantuan ini adalah gabungan sumbangan daripada pemerintah, komuniti perniagaan dan masyarakat,” kata beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan