Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto, Envato.

Guru wanita rugi RM236,300 ditipu ‘Phone Scam’

IPOH, 31 Okt: Seorang guru wanita di Muallim di sini berputih mata setelah kerugian berjumlah RM236,300 akibat menjadi mangsa penipuan sindiket ‘Phone Scam’ baru-baru ini.

Mangsa berusia 52 tahun dikatakan mula terjerat dalam penipuan itu selepas menerima panggilan telefon daripada individu kononnya wakil syarikat Pos Malaysia Melaka pada 30 Ogos lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa dimaklumkan terdapat bungkusan atas namanya yang mengandungi barang salah sebelum wanita itu menafikan hal tersebut.

Menurutnya panggilan kemudiannya disambungkan kepada dua individu menyamar polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk wanita itu membuat laporan.

“Pengadu (mangsa) telah bercakap dengan Tuan Ammar dan Datuk Samsul Anwar kononnya dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial sebelum diberitahu polis menjumpai sekeping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya ketika penahanan seorang penjenayah.

“Wanita itu didakwa menjual kad ATM tersebut dengan nilai RM20,000 dan menerima komisen RM28,000,” katanya dalam satu kanyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, dua hari kemudian suspek ketiga menghubunginya semula untuk bertanyakan mengenai jumlah wang di dalam akaun bank mangsa sebelum memintanya membuat pemindahan wang.

“Suspek menyuruh pengadu pindahkan wang RM49,000 dari akaun Tabung Haji ke Bank Islam dan RM27,300 dari ASB ke Bank Islam pada 4 September dengan alasan untuk memudahkan siasatan polis.

“Dia turut membuat pinjaman peribadi RM150,000 dan memasukkannya ke dalam akaun Bank Islam selepas disuruh suspek pada 10 September selain memindahkan wang ke dalam akaun Maybank sebanyak RM10,000 kononnya untuk urusan guaman,” katanya lagi.

Tambah beliau, mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas dia membuat semakan di Bank Islam pada 30 Oktober apabila mendapati wang sebanyak RM236,300 telah tiada di dalam akaun.

“Pengadu turut mendapati ada transaksi pemindahan wang yang tidak dibuat olehnya.

“Dia tampil membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang semalam,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan