Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai 'Ratu Naga' memberi keterangan kepada polis. Foto: Ratu Naga (IG)

Ratu Naga beri keterangan di Bukit Aman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Okt: Penyedia kandungan media sosial Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ memberi keterangan kepada polis hari ini berkaitan hantaran dimuat naiknya didakwa berbaur fitnah terhadap isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Syarul Ema Rena memberi keterangan berkaitan hantaran menerusi laman Instagram dan TikTok itu di Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pada 10 pagi dan selesai memberi keterangan kira-kira 12.45 tengah hari bersama peguamnya Zaid Malek.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kehadiran Syarul Ema Rena di Bukit Aman hari ini.

“Percakapan beliau (Ratu Naga) diambil hari ini… 33 soalan ditanya, namun beliau tidak menjawab. Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada 22 Okt lepas, PKR Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Dr Wan Azizah, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan