Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki menemui ajal selepas dihempap sebatang dahan pokok semasa menyertai aktiviti gotong-royong di Kampung Lubuk Besar Hujung Bandar. Foto hiasan Envato

Lapan maut dalam kemalangan kereta api di India

NEW DELHI, 30 Okt: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 20 orang cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua kereta api bertembung di India.

Menurut laporan Press Trust of India (PTI), kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta api penumpang melepasi isyarat.

Seorang pegawai polis berkata lapan orang maut, manakala seorang pegawai kanan kereta api mengesahkan bahawa 18-20 cedera, lapor PTI.

Perdana Menteri India Narendra Modi menulis di X, bahawa beliau telah bercakap dengan Kementerian Kereta Api negara itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat dan berdoa supaya mereka yang cedera segera pulih.

India mempunyai salah satu rangkaian rel terbesar di dunia dan telah mengalami beberapa bencana sejak beberapa tahun.

Insiden paling teruk pada 1981 apabila sebuah kereta api tergelincir semasa menyeberangi jambatan di negeri Bihar dan terjunam ke dalam sungai, mengorbankan kira-kira 800 orang.

Pada Jun, pelanggaran tiga kereta api memnyebabkan hampir 300 orang terbunuh di Odisha.

Pada Ogos sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh apabila sebuah gerabak yang diletakkan di selatan India terbakar ketika seorang penumpang membancuh teh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan