Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah berkata kajian kebolehlaksanaan dapat dijalankan selepas menerima peruntukan daripada EPU. Foto: Muhammed Raffiq (TVS)

Kajian kebolehlaksanaan projek kereta api rentas Borneo dijangka bermula tahun depan

ByMuqri Aziz

BINTULU, 30 Okt: Kajian kebolehlaksanaan untuk projek kereta api merentasi Kepulauan Borneo dijangka akan bermula pada tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, ketika ini perlaksanaannya pada fasa menunggu kelulusan peruntukan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri.

Kata beliau, projek mega berkenaan perlu dilihat secara menyeluruh termasuk impak ekonomi, kaedah perlaksanaan dan pembiayaan.

“(Ini kerana) projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Semenanjung Malaysia dibangunkan dengan usaha sama China,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Kesedaran Keusahawanan Digital di Kampung Jepak, di sini hari ini.

Sementara itu, Hasbi berkata, walaupun projek berkenaan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, namun Kerajaan Sarawak juga mempunyai peranan dalam perlaksanaannya.

Tambah beliau, kementerian telah menerima kertas cadangan daripada pihak yang berminat dan projek itu dijangka akan dilaksanakan secara tender terbuka.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian kebolehlaksanaan projek itu akan bermula dengan sokongan Kerajaan Persekutuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan