Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar ketika melawat rumah contoh BDA di Bintulu, hari ini. Foto: Muqri Aziz (TVS)

98 unit rumah di Jepak Jaya siap hujung 2025

ByMuqri Aziz

BINTULU, 30 Okt: Sebanyak 98 unit perumahan sedang dibina di Jepak Jaya yang bakal memberi manfaat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, projek fasa satu itu kelak akan siap menjelang penghujung 2025.

Penduduk di kawasan berkenaan akan diberi keutamaan bagi memiliki rumah yang dibina dengan tiga bilik itu.

“Fasa pertama bagi projek ini akan melibatkan 98 unit rumah dan ia adalah projek yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Kerajaan negeri telah membiayai projek ini sebanyak RM49 juta,” katanya ketika melawat rumah contoh Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di Kampung Jepak di sini hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Pengurus Besar BDA Datu Muhamad Yakup Kari.

Dalam perkembangan sama, Yakup berkata pembinaan projek perumahan itu bermula sejak April tahun ini.

“Kemajuan pelaksanaan projek ini kini dalam lima peratus dan kerja-kerjanya mengikut jadual,” katanya lagi.

Menurutnya, projek itu merupakan projek jangka masa panjang dalam pelan induk Jepak Jaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan