Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing merakamkan gambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Ratu Cantik Pesta Bintangor 2023 pada Majlis Penangguhan Pesta Bintangor 2023 semalam. Foto: TVS

20,000 orang pengunjung membanjiri Pesta Bintangor 2023

BINTANGOR, 30 Okt: Pesta Bintangor Edisi Kedua yang berlangsung sejak 13 Oktober lalu mencatatkan kehadiran pengunjung melebihi 20,000 orang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kehadiran pengunjung yang luar biasa tersebut telah mampu meningkatkan pendapatan golongan peniaga kecil di daerah berkenaan.

Datuk Ding Kuong Hiing menghadiri Majlis Penangguhan Pesta Bintangor 2023 semalam. Foto: TVS

Beliau juga menzahirkan ucapan tahniah kepada jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus menjayakan acara berkenaan sekali gus membuktikan perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan penduduk setempat.

“Ini merupakan satu jumlah yang luar biasa sehingga hotel-hotel di daerah Meradong dan bandar sekitarnya telah habis ditempah,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Penangguhan Pesta Bintangor 2023 semalam.

Katanya, selain signifikan untuk membentuk satu pasukan yang berdaya saing, komited dan berdisiplin tinggi, pesta tersebut juga memberi peluang kepada setiap anggota agensi untuk saling mengenali antara satu sama lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan