Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para penari JKKNS mempersembahkan tarian Arang Aniwol pada Malam Kebudayaan Sarawak 2023. Foto: Nadhir Azfar (TVS)

Tarian Arang Aniwol curi tumpuan Malam Kebudayaan Sarawak 2023

ByNadhir Azfar

KUCHING, 29 Okt: Tarian Arang Aniwol merupakan tarian tradisi kaum Tagal yang juga sub etnik Orang Ulu di Sarawak.

Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan ketika menyambut kedatangan tetamu.

Sempena Malam Kebudayaan Sarawak di Tebingan Kuching malam ini, tarian istimewa ini dipersembahkan kepada orang ramai.

Koreografer Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sarawak, Fred Kamea berkata, etnik ini boleh dijumpai di Lawas, berhampiran dengan sempadan Sabah serta sekitar sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia.

“Perbezaan tarian ini dengan tarian tradisional Orang Ulu yang lain ialah membabitkan alunan muzik manakala alatan muzik yang digunakan adalah kuling tangan dan gong.

“Pergerakan tarian Arang Aniwol juga lebih pantas dan rancak,” katanya kepada TVS.

Malam ini tarian berkenaan dipersembahkan oleh barisan penari JKKNS.

Sementara itu persembahan lain yang turut dipamerkan termasuklah bermukun, nopeng, Tarian Ajat Manggung Lesung, Ajat Puak Kumbu, Tarian Mengarang Alu dan Tarian Datun Julud.

Malam Kebudayaan Sarawak turut dihadiri oleh Pengarah JKKNS, Noor Seela Noor Sulaiman -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan