Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedah Darul Aman (KDA) FC melebarkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan, untuk kekal berada dalam saingan perebutan naib juara Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0, di Alor Setar, lewat petang semalam. Foto Bernama.

Liga Super:Perak FC 8 – Kelantan FC 0

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Di sebalik dihimpit masalah kewangan, Kedah Darul Aman (KDA) FC melebarkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan, untuk kekal berada dalam saingan perebutan naib juara Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0, di Alor Setar, malam Sabtu.

Kemenangan di Stadium Darul Aman itu membolehkan Sang Kenari, mengumpul keseluruhan 50 mata di posisi ketiga untuk terus memberi tekanan kepada Selangor FC di tempat kedua dengan kelebihan dua mata, berbaki tiga perlawanan.

Pada aksi di Stadium Darul Aman itu, anak buah Mohd Nafuzi Mahammad Zain mendominasi separuh masa pertama dengan menjaringkan dua gol awal, masing-masing menerusi kapten pasukan Manuel Ott pada minit ke-14, diikuti gol pemain kebangsaan Tajikistan Amirbek Juraboev, dua minit kemudian.

Penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun, melengkapkan kemenangan penting pasukan apabila menjaringkan gol tunggal babak kedua perlawanan pada minit ke-52, sekali gus terus menyalakan peluang muncul naib juara dan menyambar slot ke Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) musim 2024/2025.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, hasrat Kelantan United FC untuk menjadi pasukan kedua mencuri satu mata berdepan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas KDA FC, tidak kesampaian selepas tumpas 0-2.

Bagaimanapun, saingan sengit dan disiplin permainan tinggi yang dipamerkan pasukan tuan rumah, menyaksikan skuad Harimau Selatan terpaska menunggu sehingga di babak kedua untuk membuka akaun gol menerusi penyerang import dari Argentina, Fernando Forestieri pada minit ke-74.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut bimbingan Esteban Solari itu, berjaya menggandakan kedudukan di penghujung permainan menerusi penyudah Bergson da Silva pada minit ke-90, sekali gus mengumpul keseluruhan 17 gol di kedudukan ketiga dalam carta penjaring terbanyak.

Forestieri di kedudukan kedua selepas mencetak 19 gol, manakala penyerang Selangor dari Colombia Ayron del Valle, kekal sebagai pendahulu dengan mengumpul 21 gol.

Dalam pada itu, Perak FC merakam kemenangan besar selepas membelasah pasukan tercorot Kelantan FC, 8-0 di Stadium Perak, Ipoh.

Pada pertembungan itu, tumpuan terarah kepada penyerang import dari Serbia Luka Milunovic yang mencipta hatrik pada separuh masa pertama dan seorang lagi pemain import dari Korea Selatan Seo Seonung, selepas meledak dua gol.

Bekas pemain kebangsaan Wan Zack Haikal Wan Nor, Shivan Pillay Asokan dan ketua pasukan Luciano Guaycochea, masing-masing menyumbangkan satu gol untuk membantu skuad The Bos Gaurus melakar kemenangan kedua berturut-turut dan memanjat ke tangga kesembilan.

Sementara itu, aksi antara pasukan kedua tercorot Kuching City FC dan Penang FC di Stadium Negeri, Kuching berakhir seri tanpa jaringan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan