Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Aaron Ago Dagang hadir pada majlis penutup program Food Unites Ini Warisan Kita di Shah Alam hari ini. Foto Kementerian Perpaduan Negara.

Kedai makan jadi tempat pupuk perpaduan rakyat diberi penghargaan- Aaron Ago

SHAH ALAM, 29 Okt: Kementerian Perpaduan Negara akan tampil dengan Program Cita Rasa Menu Kami yang mengetengahkan premis makanan yang menonjolkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program berkenaan menyusul setelah kejayaan program ‘Ini Warisan Kita’ yang dilancarkan pada Julai lalu.

Kata beliau, program terbaharu ini akan direncanakan menerusi perincian pelaksanaan termasuk beberapa premis makanan.

“Penilaian berdasarkan kriteria seperti menu makanan yang pelbagai, diuruskan oleh latar belakang kaum berbeza, kunjungan pelbagai kaum dan persekitaran yang berunsurkan Malaysia.

“Kita juga akan mengenal pasti tiga premis makanan di setiap negeri yang mencerminkan perpaduan kaum dan akan diberi sijil pengiktirafan berserta plak Cita Rasa Menu Kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian dalam ucapan perasmian menutup program Food Unites Ini Warisan Kita di sini hari ini.

Bertema Makan Sama-sama Nasi Lemak, usaha baharu ini diketengahkan untuk mencipta perhubungan warisan budaya yang berbeza di Malaysia dan seterusnya merangsang toleransi dalam kalangan masyarakat.

“Nasi Lemak merupakan makanan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia. Kaum Melayu merupakan pelopor sejarah penghasilan nasi lemak, namun kini ia merupakan makanan pilihan utama pelbagai kaum di negara ini.

“Menerusi pelbagai variasi lauk yang sesuai selera menjadi kegemaran ramai tidak kira Cina, India, Kadazan, Bajau, Iban dan Dayak serta Baba Nyonya dan sebagainya,” katanya.

Program Food Unites Ini Warisan Kita setakat ini telah mengumpulkan lebih sebelas nasi lemak paling popular dan viral di Lembah Klang.

Antaranya termasuklah Nasi Lemak Village Park, Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey, Nasi Lemak Pak Nasser, Nasi Lemak Saleha, Nasi Lemak Vegetarian Ru Yi dan banyak lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan