Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak USD800 setan.Foto hiasan, Envato.

India hadkan eksport bawang untuk tingkat bekalan domestiknya

ByBernama

NEW DELHI, 29 Okt: India telah mengehadkan eksport bawang dengan mengenakan harga eksport minimum sebanyak USD800 setan.

Harga jualan minima itu berkuat kuasa pada Ahad dan akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2023, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Pengguna.

“Langkah itu diambil untuk memastikan bekalan bawang yang mencukupi bagi pengguna domestik pada harga berpatutan berikutan kuantiti stok bawang daripada musim tanaman 2023 semakin berkurangan,” katanya.

Kerajaan juga memperoleh tambahan 200,000 tan bawang untuk meningkatkan stok penimbalnya.

India mengenakan 40 peratus duti eksport ke atas bawang pada Ogos.

Harga bawang di wilayah Delhi telah meningkat sehingga 50 peratus sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Ia dijangka melonjak lebih 40 peratus bulan depan daripada paras semasa, menurut laporan media tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan