Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Oktober 2023. Foto: TVS.

Wanita perlu lakukan ujian mamogram setiap tahun

KUCHING, 28 Okt: Golongan wanita diseru agar melakukan ujian mamogram setiap tahun untuk memeriksa gejala yang berkaitan kanser payudara, kata Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan) itu, mereka yang berusia antara 35 hingga 70 tahun disarankan melakukan ujian berkenaan bagi mereka mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto: TVS.

Jelasnya, kanser payudara merupakan penyakit kanser yang paling tinggi dalam kalangan wanita di Malaysia iaitu sebanyak 34 peratus dengan statistik menunjukkan setiap seorang daripada 20 orang wanita akan terkena penyakit tersebut.

Oleh demikian, program kesedaran harus dilaksanakan agar wanita tahu mengenai kanser tersebut dan cara mengesannya.

“Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) ada buat program pemeriksaan payudara atau mamogram secara percuma kepada rakyat di seluruh Malaysia termasuk kita di Sarawak.

“Ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dibawah Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri.”

“Ia adalah percuma tapi ada bagi yang pendapatan tinggi bayaran RM50 dikenakan untuk membuat ujian tersebut,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam Amal sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Oktober 2023 di Riverside Majestic Hotel pada Jumaat.

Sharifah Hasidah juga berharap agar kempen kesedaran payudara terus dipergiat terutamanya bagi penduduk di luar bandar.

“Bagi Kerajaan Negeri memang melalui LPPKN kita bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, banyak program-program kesedaran seperti ini kita dapat terus laksanakan.

“…dan pihak Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak memang sentiasa turun padang dan saya harap ia akan berterusan bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang berfaedah untuk kesejahteraan wanita terutama bagi wanita-wanita yang berada di luar-luar bandar,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak juga telah bercadang membina Pusat Kanser Sarawak dan berharap ia akan dilaksanakan secepat mungkin agar semua mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon Sarawak atas usaha penubuhan pusat aktiviti untuk pesakit kanser payudara dan bekas pesakit itu untuk berkumpul, berkongsi dan terlibat secara aktif bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan