Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden Hollis menyempurnakan Majlis Perasmian Penangguhan Karnival TVET Kolej Vokasional (KV) Miri. Foto: TVS

TVET dijenamakan semula sebagai karier pilihan generasi muda – Francis

MIRI, 28 Okt: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus dijenamakan semula dengan giat sebagai karier pilihan kepada masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis, hal ini bagi menjadikan TVET pemangkin utama dalam melahirkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi seperti mana negara maju yang lain.

“Inisiatif dalam menjenamakan semula TVET merupakan salah satu kaedah mempromosi laluan ini sebagai karier pilihan.

“Pengiktirafan ahli teknologi sebagai profesional termasuklah menyampaikan maklumat berkaitan visi TVET dan peluang yang terhidang pada masa hadapan turut digiatkan.

“Jika di luar negara, pekerjaan di dalam sektor TVET dikenalpasti mampu untuk meraih gaji yang sangat lumayan,” ujarnya semasa Majlis Perasmian Penangguhan Karnival TVET Kolej Vokasional (KV) Miri pada Sabtu.

Tambah beliau melihat kepada perkara tersebut, para pelajar perlu melibatkan diri dalam bidang kemahiran selain pihak industri turut bekerjasama mempromosikan TVET kepada mereka.

“Oleh itu, para pelajar harus merebut kesempatan ini untuk menceburkan diri dalam bidang kemahiran.

“Saya juga menyeru kepada pihak industri supaya menjadi rakan kongsi strategik dengan turut mempromosikan TVET kepada para pelajar seperti menonjolkan peluang kerjaya dalam industri dan membenarkan pelajar membuat lawatan ke industri mereka,” jelasnya.

Beliau melihat setiap pihak terlibat bertanggungjawab untuk melatih dan melengkapkan para pelajar dengan kemahiran berkaitan industri yang diperlukan untuk pasaran kerja pada masa hadapan supaya mereka dapat menjadi tenaga pekerja mahir membantu dalam pembangunan ekonomi dalam negara.

Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) juga diadakan di dalam karnival ini antara pihak KV Miri bersama Syarikat Eager Group, IBS College, Kenyalang Integrity Services dan KM Mobil Sdn Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan