Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri perasmian Sarawak Regatta dan International Dragon Boat Race 2023 berlangsung di Kuching Waterfront pada Sabtu. Foto: Zaim Zharfan

Sarawak ingin perkenal sektor penerbangan khas untuk peserta International Dragon Boat Race ke Kuching – Abang Johari

ByYusuf Shukri

KUCHING, 28 Okt: Sarawak berhasrat memperkenalkan sektor penerbangan khas bagi menerbangkan peserta antarabangsa ke Kuching pada temasya International Dragon Boat Race akan datang.

Perkara itu menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan diwujudkan setelah Sarawak berjaya mewujudkan syarikat penerbangannya sendiri selepas ini.

Sarawak kini di mata dunia | TVS

Abang Johari berkata ilham berkenaan timbul ekoran beliau melihat sambutan pertandingan di Tebingan Kuching itu pada tahun ini yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan peminatnya dari seluruh dunia.

Justeru itu, beliau mengakui pengehadan penyertaan pada tahun ini menjadi salah satu kekangan terhadap sukan air itu di sini.

“Saya diberitahu oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa negara Sepanyol mahu menghantar lebih daripada 100 pengayuh untuk perlumbaan tahun ini.

“Oleh yang demikian tahun baru, Insya Allah, jika kita sudah berjaya menubuhkan syarikat penerbangan Sarawak sendiri, kita akan buat penerbangan khas untuk menerbangkan peserta antarabangsa.

“Di samping itu, kita juga akan mempromosikan penerbangan kita di peringkat antarabangsa terutama sekali untuk festival atau pesta yang berlangsung di Sarawak,” kata beliau ketika ditemui pemberita  selepas Majlis Pelancaran Sarawak Regatta dan International Dragon Boat Race pada Sabtu.

Abang Johari menambah beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berhubung perkara menambah penyertaan dalam kategori antarabangsa serta idea penubuhan syarikat penerbangan Sarawak sendiri dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari memberitahu manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Jepak akan diumumkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Awang Tengah adalah Pengarah untuk manifesto tersebut, saya rasa anda perlu bertanyakan kepada beliau sendiri,” kata beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan