Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Stephen Rundi Utom (kiri) dan Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) pada Program Pemantapan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Peringkat Sarawak di sini, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Pekebun kecil disaran daftar jadi ahli KPSM, mudah dapat bantuan – TPM Fadillah

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 28 Okt: Pekebun kecil kelapa sawit terutamanya di Sarawak disarankan mendaftar sebagai ahli Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) bagi memudahkan mereka mendapatkan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan di Sarawak, hanya 3,995 yang mendaftar di bawah 18 KPSM daripada 46,325 pekebun kecil keseluruhannya.

“Ramai lagi yang belum menjadi ahli, kalau boleh cari lagi pekebun kecil untuk menjadi ahli, mungkin masyarakat tempatan boleh membantu dalam perkara ini bagi menjejak pekebun kecil di kawasan ini (Tatau).

“Kalau kita lihat di negara ini mempunyai 69 KPSM yang mempunyai pusat timbang yang telah dibina. Purata jualan bagi satu pusat timbang adalah 401 tan sebulan.

“Secara amnya, sebanyak 8,337 pekebun kecil mendapat manfaat daripada kewujudan KPSM melalui tawaran harga buah tandan segar yang lebih baik kepada pekebun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Pemantapan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Peringkat Sarawak di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fadillah memberitahu bahawa pekebun kecil sawit di negara ini boleh memohon insentif yang disediakan oleh kerajaan sebanyak RM100 juta bagi penanaman semula pokok kelapa sawit tua melepasi usia 25 tahun.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu berkata, kementeriannya sudah mengenal pasti lebih 7,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara yang layak memohon insentif yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2024 itu.

“Sekiranya mereka berminat untuk memohon, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan membantu mereka,” katanya.

Ujar beliau, insentif terbabit mempunyai had yang ditentukan dari segi keluasan kawasan tanaman pekebun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan