Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memukul gendang sebanyak tujuh kali sebagai simbolik perasmian Seminar Kesedaran Autisme Peringkat Negeri Sarawak 2023 hari ini. Foto:TVS

Kerajaan Sarawak salur dana kepada Swinburne, latih guru pakar didik OKU – Abang Johari

KUCHING, 28 Okt: Kerajaan Sarawak akan menyalurkan peruntukan kepada Universiti Teknologi Swinburne untuk menyediakan latihan sebagai usaha melahirkan guru pakar dalam mendidik pelajar dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya golongan autisme.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata inisiatif itu bertujuan untuk membantu Kerajaan Persekutuan untuk universiti berkenaan menyediakan latihan khusus untuk golongan guru di sini.

Sarawak bakal lahirkan lebih ramai guru pelatih OKU | TVS

“Saya telah memberi peruntukan yang khas kepada Swinburne University untuk melahirkan guru yang terlatih.

“Universiti ini ada pengkhususan di Melbourne kerana mereka mempunyai pengkhususan dari sudut latihan untuk para guru.

“Kalau guru tersebut nak tingkatkan pengajian dalam master degree untuk sasaran macam orang autisme kita akan menghantar guru ini belajar di kampus utama di Melbourne,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Kesedaran Autisme Peringkat negeri Sarawak 2023 di Sekolah Seni Sarawak Malaysia Kuching pada Sabtu.

Tambah Abang Johari, melahirkan lebih ramai guru terlatih dalam golongan autisme merupakan inisiatif kerajaan negeri sebagai langkah intervensi untuk meningkatkan kualiti dan sistem pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif kepada golongan kelainan upaya.

“Ini adalah langkah intervensi dan kita kalau kita mempunyai guru yang terlatih kita ada pendekatan kita untuk mengajar anak kita lebih berkesan.

“Saya tidak menidakan kemahiran guru biasa tetapi psikologi pelajar kelainan upaya berbeza dan guru biasa mungkin berhadapan dengan situasi yang mencabar,” ujarnya.

Untuk rekod, seramai 3,885 orang autisme direkodkan di seluruh Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan