KUCHING, 28 Okt: Kumpulan Lands Tahai Q daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang merangkul Anugerah Inovasi Premier Sarawak serta membawa pulang piala beserta wang tunai berjumlah RM15,000 di Majlis Penyampaian Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards(SCSICA) 2023, semalam.
Acara penyampaian anugerah berprestij itu telah disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Hotel Pullman pada Jumaat.
Sementara, majlis turut menyaksikan Anugerah Inovasi SCSICA empat kategori dipertandingkan antaranya, Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dimenangi oleh Majlis Perbandaran Sibu(EAGLE),Kategori Pejabat Residen dan Daerah Pejabat Residen Bahagian Mukah(IPOK),Kategori Agensi Persekutuan dirangkul Pejabat Pendidikan Bintulu(NIPPS) dan Kategori Agensi Utama Negeri Sarawak oleh Lands Tahai Q daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang dimana masing-masing membawa pulang RM5,000 beserta trofi.
Selain itu, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu(NIPPS) turut merangkul Anugerah Inovasi Digital, Anugerah Green Innovation dimenangi Lembaga Kemajuan Bintulu (TECHSKAP) manakala Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong(Be-Tech) memenangi Anugerah Khas SCSICA dimana masing-masing membawa pulang RM3,000 dan trofi.
Dalam pada itu, SASSOKU TECH daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching turut memenangi Anugerah Inovasi Montaj Terbaik SCSICA dan Anugerah Persembahan Terbaik SCSICA pertama kali diperkenalkan pada tahun 2023 dimenangi oleh Ready Steady Go daripada Kementerian Belia,Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.
SCSICA pada tahun ini juga menyaksikan 43 kumpulan yang telah berjaya mara ke peringkat Akhir Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards(SCSICA)2023 daripada 168 Kumpulan Innovative and Creative Circle(ICC) yang telah bertanding di peringkat saringan. – TVS