KUCHING, 27 Okt: PETRONAS merupakan Penaja Emas Festival Regata Sarawak-Kuching Waterfront 2023, tajaan tahun ketujuhnya untuk acara yang bertujuan mengekalkan budaya dan warisan Sarawak serta menggalakkan perpaduan.
Syarikat tenaga global itu menerusi kenyataan turut memaklumkan akan menaja perlumbaan perahu panjang ‘Piala PETRONAS’ berprestij yang diadakan bermula hari ini hingga 5 November.
Edisi tahun ini menarik penyertaan kira-kira 60 pasukan dari Malaysia dan 20 negara lain.
Semasa festival itu, pengunjung akan dapat mengunjungi gerai PETRONAS di Tebingan Kuching yang mempamerkan dan menjual pelbagai barangan, termasuk t-shirt Regatta PETRONAS-Sarawak.
Pengunjung juga akan berpeluang menikmati satu siri aktiviti interaktif Petrosains yang merangkumi rancangan sains, permainan dan bengkel, memberikan peluang kepada pengunjung memenangi pelbagai hadiah.
Pengurus Besar PETRONAS Sarawak, Zulaihi Mantali berkata, “Kami teruja kerana menjadi sebahagian daripada Festival Regatta Sarawak-Kuching Waterfront 2023 dan menaja perlumbaan perahu panjang ‘Piala PETRONAS’ yang berprestij.
“Kami tetap berdedikasi untuk menyokong inisiatif yang memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dan menjunjung tradisi dan kami berharap dapat berhubung dengan komuniti yang bersemangat semasa perayaan ini,” tambahnya.
Penajaan ini menekankan komitmen PETRONAS dalam menyokong pemeliharaan warisan budaya dan pembangunan masyarakat Sarawak. – TVS