Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata penyimpanan karbon bakal menjana pendapatan baharu kepada Sarawak. Foto: TVS

Penyimpanan karbon bakal jana pendapatan baharu Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Okt: Sarawak mempunyai potensi besar untuk menjadi negeri penyimpanan karbon di negara ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, ini kerana Sarawak mempunyai teknologi pemerangkapan karbon dan telaga minyak terpakai di perairan wilayah ini.

“Di perairan Sarawak, kita mempunyai 1,665 telaga minyak yang sudah terpakai dan kosong serta boleh digunakan untuk menyimpan karbon.

“Potensi penyimpanan karbon di dalam telaga minyak itu ialah sembilan bilion tan secara keseluruhannya dan boleh meningkat lagi,” katanya pada program bual bicara Dialog TVS pada Khamis.

Mengulas lanjut, Dr Hazland berkata ia juga bakal menjana pendapatan baharu kepada Sarawak.

“Kita akan mengenakan ‘levi’ atau caj sewa untuk penyimpanan ini. Sarawak mempunyai stok karbon, kita telah mengira secara kasar antara 750 juta tan dan maksimumnya ialah 1 bilion tan.

“Dunia mempunyai satu mekanisme untuk memperdagangkan karbon tersebut melalui perdagangan karbon iaitu dengan mengira kredit karbon,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan