Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelepasan medan elektromagnet daripada infrastruktur radiokomunikasi di kawasan awam adalah sangat rendah dan tidak menimbulkan risiko kesihatan. Foto hiasan: Envato

Lembaga Multimedia Sarawak jamin 5G tiada risiko kesihatan awam

SIBU, 27 Okt: Kebimbangan mengenai sinaran daripada struktur telekomunikasi telah diambil kira dan kesihatan tetap menjadi keutamaan dalam pembinaan kemudahan itu, kata Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng.

Beliau berkata berdasarkan kajian, pelepasan medan elektromagnet (EMF) daripada infrastruktur radiokomunikasi di kawasan awam adalah sangat rendah dan tidak menimbulkan risiko kesihatan kepada penduduk sekitar.

“Adalah penting bagi semua pihak untuk bergantung pada data yang tepat dan bukannya khabar angin tidak berasas daripada sumber tidak disahkan,” katanya pada Malam Penghargaan Media SMA Bahagian Sibu di sini, malam tadi.

Tiong menyeru kepada media untuk menyampaikan maklumat tepat tentang EMF serta membantu mendidik orang ramai sekali gus dapat menghapuskan kebimbangan mereka mengenai struktur telekomunikasi itu.

Pada Rabu, sebuah akhbar tempatan melaporkan sekumpulan 23 pemilik rumah di Bakam, Miri telah menandatangani petisyen meminta pihak berkuasa untuk tidak mendirikan menara telekomunikasi 5G berhampiran rumah mereka.

Penduduk mendakwa mereka tidak dirujuk mengenai projek yang dimulakan awal bulan ini dan bimbang tentang keselamatan menara yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah mereka itu.

Sementara itu, Tiong berkata rangkaian 5G bukan sahaja selamat untuk kesihatan awam tanpa kesan buruk tetapi juga boleh menyambungkan sejuta peranti dalam kawasan seluas satu kilometer per segi, berbanding teknologi LTE yang hanya boleh menyambungkan 1,000 peranti di kawasan sama.

“Pelaksanaan rangkaian 5G berkelajuan tinggi memerlukan infrastruktur telekomunikasi yang mantap dan jarak rapat serta kini sedang dipasang oleh penyedia perkhidmatan di kawasan kediaman di bandar-bandar Sarawak,” katanya.

Beliau berkata berbeza dengan teknologi sebelumnya, 5G menawarkan kependaman minimum hanya satu milisaat, membolehkan kawalan peranti jauh yang lebih cekap dan tepat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan