Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni semasa sesi bergambar pada Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Bandaraya Miri pada hari ini. Foto: TVS

Klinik Kesihatan Bandaraya Miri mula beroperasi pada 2024 – Lukanisman

MIRI, 27 Okt: Klinik Kesihatan Bandaraya Miri bakal beroperasi sepenuhnya pada 2024 dijangka dapat menampung sehingga 800 pesakit sehari.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, klinik tersebut akan beroperasi bersama Klinik Kesihatan Jalan Merbau sebagai alternatif untuk menambah perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.

“Kami menjangkakan klinik ini akan beroperasi sepenuhnya pada suku tahun pertama menjelang tahun 2024. Klinik kesihatan jenis dua Bandaraya Miri ini dapat menampung sehingga 800 kehadiran sehari.

“Ini merupakan klinik baharu yang terdapat di Bahagian Miri dan kita masih mengekalkan klinik di Jalan Merbau beroperasi seperti sediakala. Ini bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan bertambah,” katanya demikian kepada sidang media Majlis Penyerahan Klinik Kesihatan Bandaraya Miri pada hari ini.

Tambahnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan mewujudkan jawatan baharu di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri bagi menampung keperluan sumber manusia di sini.

“Jumlah kakitangan perubatan adalah 26 orang, doktor pakar sebanyak dua orang dan seterusnya adalah jawatan seperti jururawat, pembantu perubatan dan pembantu sokongan di klinik ini,” ujarnya lagi.

Bangunan tambahan Hospital Miri yang terletak di belakang Klinik Kesihatan Bandaraya Miri juga kini sedang dibina serta dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2024.

Dalam perkembangan lain, selain Klinik Kesihatan Bandaraya Miri, antara projek pembinaan klinik kesihatan yang bakal siap ialah klinik di Serian dan Siburan termasuk klinik kesihatan jenis tiga di Lawas.

Akan datang, terdapat perancangan untuk menambah beberapa klinik kesihatan baharu setelah Bajet Belanjawan 2024 diluluskan pada hujung November. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan