Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Aaron Aro Dagang berkata kajian Indeks Perpaduan Nasional akan dimulakan pada tahun depan. Foto: TVS

Kementerian Perpaduan Negara sasar kenaikan IPNas kepada 0.7 menjelang 2025

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Kementerian Perpaduan Negara menyasarkan kenaikan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) kepada 0.7 menjelang 2025.

Menteri berkenaan Dato Sri Aaron Aro Dagang berkata kajian IPNas kali ketiga yang lebih komprehensif akan dimulakan pada tahun depan dan dilaksanakan Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Kajian kali ini menjurus kepada empat IPNas iaitu Semenanjung, Sabah, Sarawak dan keseluruhan negara kerana ramai mengatakan bagaimana perpaduan di Sarawak dapat menjadi model untuk dibawa ke Semenanjung.

“Untuk merangkakan model tersebut, kami perlukan statistik. Kalau IPNas mengatakan baik tentang perpaduan di Sarawak, semua faktor yang ada kami (akan) cuba asimilasikan di Semenanjung,” katanya dalam program Merealisasi Belanjawan 2024: Memperkasa Agenda Perpaduan Negara terbitan Bernama TV di sini, malam tadi.

Beliau berkata antara asas pembangunan IPNas adalah penelitian dan pengenalpastian defisit sosial yang melibatkan etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan, bahasa, jurang generasi, gender, politik federalisme, ruang bandar-desa dan media.

Kajian pertama IPNas dijalankan pada 2018 yang mencatatkan 0.567 manakala indeks itu meningkat kepada 0.629 pada 2022.

Berdasarkan skala pengukuran IPNas, 0.0 hingga 0.24 adalah tahap lemah, 0.25 hingga 0.49 (rendah), 0.50 hingga 0.74 (sederhana) dan 0.75 hingga 1.00 (tinggi). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan