Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Yakub Arbi(kiri) ketika mengadakan kunjungan hormat bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg(tengah) di Wisma Bapa Malaysia. Foto: TVS

HDC mohon nasihat Abang Johari, bangunkan rumah mampu milik

KUCHING, 27 Okt: Khidmat nasihat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg diperlukan bagi melancarkan projek pembangunan perumahan di bawah Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) sedang rancak dijalankan ketika ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perumahan Fathi Hambali, projek pembangunan ketika ini sedang berjalan dengan lancar.

“Kita sebenarnya banyak projek yang sedang berlangsung dan sebab itu saya bersama dengan Pengerusi kita untuk mendapatkan nasihat Premier Sarawak untuk kita meneruskan apa yang telah dilaksanakan HDC.

“Kita nak buat lebih baik lagi dan meningkat lagi untuk memberikan menyediakan rumah mampu milik terutama kepada golongan B40 dan M40 untuk rakyat diseluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Fathi memberitahu pertemuan hari ini juga bagi menyampaikan hasrat pihaknya menjemput Abang Johari untuk hadir menyempurnakan Majlis Makan Malam Jubli Emas pada 17 November ini di Kuching.

“Kita ada memjemput YAB premier sebagai tetamu kehormat di majlis makan malam Jubli Emas HDC,” ujarnya.

Kunjungan hormat berkenaan merupakan lawatan pertama Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan Yakub Arbi menemui Abang Johari setelah memulakan tugas pada 1 Ogos lalu.

Terdahulu, Abang Johari turut menerima dua kunjungan hormat daripada rombongan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) yang diketuai oleh Kontroler Kualiti Alam Sekitar, Jack Liam.

Seterusnya, kunjungan hormat daripada JX Nippon Oil and Gas Exploration Malaysia Limited. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan