Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (tengah) ketika marasmikan Sambutan Pink October Bulan Kesedaran Kanser Payudara LPPKN 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Kepala Batas hari ini. Foto: TVS

Kesedaran kanser dalam kalangan wanita Malaysia membimbangkan

KEPALA BATAS, 26 Okt: Tahap kesedaran golongan wanita di negara ini terhadap penyakit kanser dilihat membimbangkan ekoran terdapat peningkatan terhadapĀ kes yang dikesan lewat iaitu pada tahap tiga dan empat.

Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan Laporan Kanser Kebangsaan 2012-2016, kes yang dikesan lewat mencatatkan peningkatan kepada 47.9 peratus berbanding tempoh 2007 hingga 2011 iaitu 43.2 peratus.

ā€œTrend ini membimbangkan dan jika tiada langkah-langkah awal untuk menggalakkan lebih ramai wanita terutamanya yang berisiko menjalani ujian saringan, mungkin lebih ramai akan dikesan kanser pada tahap lewat.

ā€œKaum adam juga perlu memainkan peranan aktif sebagai pendorong kepada isteri, ibu dan ahli keluarga wanita lain untuk tampil menjalani pemeriksaan (lebih awal) dan memberi sokongan jika mereka telah didiagnos,ā€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Pink October Bulan Kesedaran Kanser Payudara LPPKN 2023 Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Sementara itu, Rohani berkata, barah payudara ketika ini masih menjadi penyakit kanser reproduktif utama yang menyerang golongan wanita dan turut menjadi penyebab utama kematian.

ā€œSatu nisbah 27 penduduk wanita berisiko mendapat kanser payudara berdasarkan statistik 2012 hingga 2016.

ā€œSelain itu, terdapat 8,418 kes baharu kanser payudara direkodkan di negara ini dengan 3,503 kematian berdasarkan sumber Globocan pada 2020,ā€ katanya lagi.

Menurut beliau, terdapat tiga kaedah utama yang perlu diamalkan golongan wanita bagi mengesan penyakit itu iaitu pemeriksaan sendiri payudara, pemeriksaan klinikal dan mamogram.

Katanya, setakat 30 September lalu, seramai 489,389 wanita telah menjalani ujian mamogram yang merupakan satu-satunya saringan yang terbukti berkesan menerusi Program Subsidi Ujian Mamogram LPPKN sejak 2007. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan