Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Datuk Francis Harden Hollis dan Datu Azmi Bujang ketika bermesyuarat di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Foto: MEITD

Kerajaan Persekutuan turun kuasa beberapa perkara berkaitan pendidikan kepada Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Okt: Penurunan kuasa Kerajaan Persekutuan bagi beberapa perkara kritikal dalam bidang pendidikan kepada Kerajaan Sarawak dipersetujui secara prinsip menerusi satu mesyuarat hari ini.

Persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat antara Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak yang diketuai menterinya, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn di Kuala Lumpur.

Menerusi satu kenyataan, MEITD memaklumkan persetujuan berkenaan merangkumi perkara bersifat operasi dan pentadbiran dan ia akan diperhalusi Kementerian Pendidikan dan MEITD.

“Datuk Seri Fadillah Yusof mengarahkan satu jawatankuasa ditubuhkan segera membabitkan dua pihak terbabit sebagai platform untuk berkongsi data pendidikan di Sarawak, khususnya pelajar tercicir dan data pencapaian pelajar.

“Ini membolehkan MEITD dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak menilai keberkesanan pelbagai program intervensi yang dimulakan oleh kerajaan, serta membantu KPM,” kata kenyataan itu.

Hadir sama pada mesyuarat itu, dua Timbalan Menteri MEITD Datuk Dr Annuar Rapa’ee dan Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Tetap MEITD Datu Azmi Bujang, Peguam Besar Sarawak, Datu Saferi Ali dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Sehubungan itu, Pkharuddin ditugaskan untuk memulakan perbincangan mengenai perkara undang-undang berkaitan penurunan kuasa untuk pendidikan, melibatkan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Peguam Besar Sarawak.

Menurut kenyataan itu lagi, Fadillah turut mengarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dan Kementerian Pendidikan untuk meneliti dan menyelesaikan masalah kekurangan lebih 3,000 guru di Sarawak dengan mencadangkan guru interim diserap ke dalam profesion perguruan.

“Timbalan Perdana Menteri meminta semua pihak mengemukakan laporan terperinci mengenai tindakan yang dipersetujui dalam tempoh satu bulan untuk dibawa ke jawatankuasa induk MA63,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan