Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan akan meneruskan penawaran tender terbuka pra-kelayakan terpilih supaya projek-projek penting untuk rakyat dapat disegerakan. Foto: Bernama

Kerajaan akan teruskan penawaran tender terbuka pra-kelayakan terpilih – Ahmad Maslan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Kerajaan akan meneruskan penawaran tender terbuka pra-kelayakan terpilih supaya projek-projek penting untuk rakyat dapat disegerakan, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, beliau berkata penapisan terhadap syarikat yang terlibat harus diteliti terlebih dahulu supaya ia boleh dilaksanakan tanpa masalah.

“Kita perlu belajar daripada projek Pan Borneo Sarawak yang kelihatan sedikit sahaja masalah dan dapat dilaksanakan dengan awal dan cekap,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang-PN) mengenai kaedah baharu yang akan digunapakai dalam projek-projek akan datang.

Terdahulu, Ahmad berkata keseluruhan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) terdiri daripada 35 pakej dengan 15 pakej sedang dalam pembinaan.

Menurutnya, kaedah pelaksanaan bagi baki projek LPB Sabah adalah secara tender terbuka dalam kalangan kontraktor tempatan atau kontraktor Bumiputera atau kontraktor Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan pembangunan atau Dana Infra.

“Bagi menjamin mutu kualiti projek LPB Sabah, kerajaan akan memastikan kontraktor yang dilantik adalah kontraktor yang berkemampuan dan berkeupayaan melalui garis pemilihan kontraktor yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.

“Melalui garis panduan tersebut, penilaian tender akan dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang merangkumi perkara seperti penilaian kewangan, penilaian teknikal, pengalaman syarikat, prestasi kerja semasa dan penarafan bintang sijil Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor (SCORE) oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB),” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan