Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee ketika menyertai Program Walkabout di Pasar Tamu, Bintulu, bagi menyantuni peniaga-peniaga di sekitar pasar itu, pagi tadi. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Keluhan peniaga di Pasar Tamu Bintulu curi perhatian calon GPS

ByHafeezzur Muzamir

BINTULU, 26 Okt: Keluhan golongan peniaga di Pasar Tamu Bintulu di sini mendapat perhatian calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Turun padang menemui mereka pagi ini, Iskandar komited menyelesaikan beberapa isu berbangkit yang dihadapi peniaga di Pasar Tamu Bintulu.

Bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak itu berkata, pihaknya telah mendengar sendiri keluhan para peniaga terutamanya peniaga dari Jepak.

“Isu yang saya lihat di pasar ini ialah lebih kepada masalah fasiliti iaitu mereka memerlukan pencahayaan yang lebih baik, jaminan keselamatan terhadap barang jualan yang mereka tinggal di sini dan sistem pengudaraan.

“Saya telah maklumkan kepada pegawai Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) supaya apa yang mereka suarakan kepada saya boleh diambil tindakan bagi memberi keselesaan kepada mereka semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan Program Walkabout di Pasar Tamu, Bintulu, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu itu dan memberi jaminan akan berbincang dengan lebih lanjut bersama BDA bagi menyelesaikannya.

“Pihak saya memandang serius perkara ini kerana kami mahu rakyat diutamakan. Tempoh hari saya sudah bawa pegawai BDA ke sini untuk membincangkan keperluan menaik taraf Pasar Tamu ini,” jelasnya.

Pasar Tamu Bintulu yang beroperasi setiap hari menempatkan lebih daripada 50 peniaga yang rata-ratanya menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan