Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di sini yang dijangka siap pada 2025

Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar

BINTULU, 26 Okt: Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di sini yang dijangka siap pada 2025 bakal mempercepat dan melancarkan perjalanan ke pusat bandar Bintulu terutamanya pada waktu puncak.

Penduduk Kampung Jepak, Masni Kamis, 45, berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.

Masni yang berniaga di Pasar Tamu Bintulu berkata situasi itu membuatkan dia memilih menggunakan bot penambang bagi melintasi Sungai Kemena untuk ke pasar itu berbanding menggunakan laluan darat.

“Jalan sedia ada agak jauh, biasanya pada waktu pagi perjalanan boleh ambil masa kira-kira 30 hingga 40 minit untuk ke pusat bandar Bintulu kerana murid masuk sekolah dan orang ramai mula ke tempat kerja,” katanya kepada Bernama.

Jelenini Dajang, 60, pula berkata pembinaan jambatan itu diharap mampu menjadi mercu tanda baharu bandar Bintulu.

“Biasanya jika kita lihat di bandar-bandar lain, jambatan merupakan antara mercu tanda yang boleh menjadi kawasan tarikan pelancong, kita harap jambatan ini bukan sahaja dapat memudahkan kita bergerak tetapi membuka peluang dalam sektor pelancongan,” katanya.

Pada 5 Mac lepas, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek jambatan bernilai lebih RM466 juta dengan panjang kira-kira satu kilometer (km) itu telah siap 49.31 peratus.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata pihak kontraktor projek itu juga telah mengatasi isu kekurangan tenaga kerja yang dihadapi mereka sebelum ini dengan membawa masuk pekerja asing dari negara China. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan