Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Dato Seri Sulong Matjeraie (tiga, kiri) mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kanan), turut hadir Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (dua, kanan). Foto: TVS

Hospital Pengajar UNIMAS siap sepenuhnya 2025

KUCHING, 26 Okt: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) optimis projek hospital pengajar institusi pengajian tinggi berkenaan siap sepenuhnya mengikut jadual yang ditetapkan.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata projek yang dalam pembinaan itu terdiri daripada dua komponen utama.

“Seperti yang sedia maklum projek hospital pengajar UNIMAS ada dua komponen utama, pertamanya ialah dipanggil Pusat Kesihatan Primer yang terdiri daripada klinik-klinik pakar, Insya-Allah komponen ini akan siap pada hujung tahun ini iaitu mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Manakala komponen kedua iaitu hospital pengajar universiti akan siap pada Julai 2025, dua tahun dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini projek hospital tersebut selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis.

Menurut Dr Kadim, projek tersebut menelan belanja lebih RM500 juta yang memakan masa kira-kira empat tahun untuk disiapkan.

Katanya ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum beroperasi bagi memastikan fasiliti itu dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan akan digunakan.

“Projek ini memakan masa empat tahun kerana ia sangat besar yang melibatkan kos tinggi secara keseluruhannya ialah RM565 juta.

“Dengan perolehan peralatan perubatan, kita perlu rancang sebaik mungkin maka ia mengambil sedikit masa untuk kita buat perolehan berkenaan dan dipasang di hospital berkenaan,” katanya.

Untuk rekod hospital pengajar UNIMAS mampu memuatkan kapasiti 300 katil apabila siap nanti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan