Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petikan gitar yang memukau, Az Samad mempersembahkan alunan akustik 'Getaran Jiwa'. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

Az Samad anjur bengkel gitar, galak anak Sarawak berkarya

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 26 Okt: Pemain gitar profesional, Az Samad, akan mengadakan bengkel gitar khas bagi memberi peluang kepada anak-anak muda di Sarawak untuk mengekspresikan minat mereka dalam seni muzik dan kreativiti.

Dedah pemuzik Malaysia bertaraf antarabangsa itu, sebanyak tiga bengkel akan diadakan sempena penganjuran festival What About Kuching (WAK) 2023, yang berlangsung dari 28 hingga 29 Oktober ini di The Spring Shopping Mall.

Az Samad anjur bengkel gitar, galak anak Sarawak berkarya | TVS

Ujarnya, bengkel ini dapat membantu peserta mengenal dan mengasah bakat mereka dalam bermain gitar.

“Bengkel pertama dipanggil ‘Fun with the Acoustic Guitar with Az Samad,’ yang lebih bersifat bengkel gitar pengenalan. Saya akan menunjukkan pelbagai cara bermain gitar, teknik-teknik ‘strumming’ yang berbeza, cara bermain solo, cara-cara bermain gitar dengan elemen perkusi, dan sebagainya.

“Bengkel kedua dipanggil ‘Acoustic Guitar Artistry,’ yang lebih praktikal. Idea keseluruhannya adalah peserta boleh membawa gitar mereka dan saya akan tunjukkan beberapa teknik, dan mereka boleh mencuba sendiri, mungkin kita boleh ‘jamming’. Ini lebih sesuai untuk peringkat pertengahan dan lebih praktikal.

Petikan gitar yang memukau, Az Samad mempersembahkan alunan akustik ‘Getaran Jiwa’. Foto: Lorenzo Isaac (TVS)

“Saya juga akan mengadakan bengkel ketiga pada hari Ahad juga, pada waktu petang, yang dipanggil ‘How to Make Money and Build a Successful Music Career’ yang lebih menjurus kepada kerjaya muzik, perniagaan muzik, dan bengkel pemasaran muzik,” beliau berkata demikian ketika ditemuramah wartawan TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Az Samad juga menawarkan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk belajar muzik bersamanya selepas festival WAK 2023 selesai di Kuala Lumpur.

Beliau turut menyediakan pilihan untuk mengikuti kelas secara atas talian dan melihat video pembelajaran bagi yang tidak mampu untuk mengikuti kelas beliau secara bersemuka.

“Bagi sesiapa yang ingin meneruskan pembelajaran bersama saya kerana saya berpusat di Kuala Lumpur, mereka boleh menghubungi saya.

“Sekarang, sebarang platform yang menyokong Zoom, FaceTime, Skype juga mungkin, dan dari semasa ke semasa, saya mempunyai pelajar yang datang ke Kuala Lumpur untuk pembelajaran secara peribadi.

“Selain itu, saya telah mencipta lebih daripada 100 kursus video, jadi sesetengah orang memilih untuk mendapatkan beberapa daripada kursus-kursus tersebut, sama ada yang berkaitan dengan kerjaya muzik atau kursus gitar. Kebanyakan kursus tersebut dalam Bahasa Melayu,” tambahnya lagi.

Dilahirkan sebagai anak kepada pejuang sastera a. Samad Said, Az Samad menjadi pemuzik profesional selama 27 tahun dan mempunyai empat ijazah dalam bidang muzik di mana beliau pernah belajar dan mengajar di Berklee College Of Music, Boston, Massachusetts (AS).

Az pernah berkolaborasi dengan pemenang Grammy seperti Flaco Jiménez dan Max Baca.

Sepanjang bergelar pemuzik profesional, beliau mendedahkan gitaris Ireland, Eric Roach sebagai sumber inspirasinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan