Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara, hari ini. Foto: Istana Negara (Instagram)

Agong berangkat hadir pada hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Okt:  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 22 dan 23 Feb lepas yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat ke mesyuarat hari ini ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Sharafuddin, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Perlis oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri dan Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Raja-Raja Melayu turut dijadual berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara esok bagi urusan memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan