Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses permohonan kewarganegaraan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem dibangunkan JPN dengan kerjasama PDRM. Foto: Bernama

Proses tapisan keselamatan permohonan kewarganegaraan kini hanya 14 hari

ByBernama

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses berkenaan akan dijalankan secara lebih cekap menerusi pelaksanaan sistem itu yang dibangunkan JPN dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jika sebelum ini dokumen permohonan kewarganegaraan yang diterima JPN akan diserahkan kepada pihak polis secara fizikal (bercetak), tetapi dengan adanya sistem ini penyerahan dokumen adalah secara dalam talian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Jubli Intan JPN ke-75, di sini hari ini.

Beliau berkata sistem itu secara automatik akan menolak permohonan yang didapati pemohonnya terlibat dengan pertubuhan dianggap berbahaya dan mengancam ketenteraman awam, selain tinggal di negara ini melebihi masa ditetapkan.

Selain itu, Saifuddin Nasution berkata Kabinet akan memuktamadkan penubuhan sebuah agensi tunggal bagi mengawal selia sempadan negara atau single border agency dalam masa terdekat.

“Keputusan siapa yang akan terlibat di dalam single border agency itu akan dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet dalam masa terdekat.

“Keselamatan dan kawalan sempadan negara di mana-mana negara di dunia ini merupakan aspek penting dan agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) antara paling banyak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta warga KDN supaya bersiap sedia sekiranya kementerian dan agensi di bawahnya dipertanggungjawabkan terhadap penubuhan agensi itu.

Ketika ini terdapat lebih 20 agensi terbabit dalam mengawal selia sempadan negara termasuk Jabatan Imigresen (Imigresen), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan