Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng (tengah) bersama pengamal media pada Majlis Malam Penghargaan Media SMA Bahagian Kuching di sini, malam tadi. Foto: TVS

Liputan telekomunikasi Sarawak dijangka capai 93 peratus menjelang hujung 2023

KUCHING, 25 Okt: Liputan telekomunikasi di seluruh Sarawak ketika ini telah mencapai 63.5 peratus dan dijangka mencapai sehingga 93 peratus menjelang hujung tahun ini.

Menurut Pengurus Besar Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng, usaha pembinaan infrastrukturnya giat dilaksanakan di bawah beberapa inisiatif termasuklah tumpuan menghubungkan jaringan di kawasan luar bandar serta pedalaman.

“Selaras dengan wawasan nasional, kami bekerjasama secara aktif bersama Digital National Berhad (DNB) untuk mewujudkan ekosistem 5G di Sarawak.

“Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam melaksanakan teknologi selular jalur lebar 5G, iaitu 100 kali lebih pantas daripada 4G,” katanya pada Majlis Malam Penghargaan Media SMA Bahagian Kuching di sini, malam tadi.

Jelasnya lanjut, kelajuan rangkaian 5G yang mampu mencapai sehingga 10Gbps berpotensi untuk merevolusikan kehidupan seharian.

Malah ia berupaya memberi kesan positif dari aspek kerja, aktiviti masa lapang dan urusan harian yang boleh meningkatkan produktiviti perniagaan, pembuatan, logistik dan pertanian.

“Melaksanakan rangkaian 5G berkelajuan tinggi memerlukan infrastruktur telekomunikasi yang mantap yang kini sedang dipasang oleh penyedia perkhidmatan di kawasan perumahan di bandar-bandar Sarawak,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan