Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Pelancaran Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak dan Sesi Berambeh Anak Sarawak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. Foto UKM.

Kursi Sheikh Othman UKM manifestasi Sarawak dalam sektor pendidikan – Abang Johari

ByNadhir Azfar

BANGI, 25 Okt: Penubuhan Kursi Wakaf Sheikh Othman Sarawak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan manifestasi kepada gagasan besar Sarawak dalam sektor pendidikan, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, usaha murni berkenaan selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12) dan Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang bertujuan untuk memperkasa penglibatan masyarakat Islam Sarawak dalam bidang ekonomi secara komprehensif.

Kursi Sheikh Othman rangka pemerkasaan sosioekonomi Islam Sarawak | TVS

Kata Abang Johari, dalam usaha mewujudkan ekosistem ekonomi, wujud keperluan untuk mengkaji lebih mendalam beberapa kekuatan yang dimiliki Sarawak.

“(Kita perlu mengkaji) modal insan, sebab itulah kita (Sarawak) cadangkan kajian ilmu oleh pakar tersohor membabitkan teorinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran kursi berkenaan dan Sesi Brambeh Anak Sarawak UKM di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Johari berkata, beliau yakin penubuhan kerusi berkenaan juga dapat mengukuhkan pembangunan insaniah di Sarawak.

“Ini merupakan usaha untuk menunaikan hasrat Kerajaan Sarawak serta Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam mengeratkan hubungan bersama universiti tempatan.

“Kewujudan kursi ini juga dapat membantu Sarawak menjadi sebuah wilayah penting dalam Persekutuan Malaysia bersama Semenanjung Malaysia dan Sabah,” katanya.

Sementara itu Abang Johari memaklumkan, penubuhan kursi berkenaan merupakan hasil daripada Persidangan Nusantara ke-8.

“Keputusan untuk menubuhkan sebuah kursi di UKM membolehkan kita untuk membuat penyelidikan dalam beberapa bidang khususnya dalam memperkasakan lagi ilmu pengetahuan serta memastikan kita menuju ke arah yang betul dalam pembangunan insan di Sarawak,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan