Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan Exists akan menemui peminatnya di Borneo sempena Konsert Exists Borneo Tour pada Disember ini. Foto Menara Network.

Konsert Exists Borneo Tour temui peminat di Sabah, Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 25 Okt: Kumpulan Exists akan menemui peminatnya di Borneo sempena Konsert Exists Borneo Tour pada Disember ini.

Konsert anjuran Urusan Menara Network itu akan membuka tirai di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) pada 17 Disember depan.

Konsert kemudian akan diteruskan di Sabah International Convention Center, Kota Kinabalu pada 30 Disember.

Pengarah urusan syarikat itu, Dato Ab Razif Asmuni berkata, penganjuran konsert berkenaan dijangka akan mengubat kerinduan peminat di dua wilayah berkenaan terhadap kumpulan yang popular dengan lagu Rahsia Pohon Cemara itu.

“Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak.

“Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan juga adalah harga mampu milik,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, konsert berkenaan juga bakal menampilkan barisan anggota-anggota kumpulan ini iaitu Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa.

“Lebih menarik, akan ada kejutan kerana beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu.

“Tidak hanya konsert, peminat dan pengunjung juga dapat berkunjung ke acara karnival yang akan berlangsung selama tiga hari di lokasi acara,” katanya.

Tiket konsert kumpulan muzik evergreen tanah air itu mula dijual pada harga RM77 hingga RM238.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Menara Network di talian 019-4519288. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found