Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM Limbang melakukan operasi SAR dua nelayan yang hilang hari ini. Foto: APM Limbang

Dua nelayan di Limbang dikhuatiri hilang ketika menangkap ikan di laut

LIMBANG, 25 Okt: Dua nelayan dikhuatiri hilang ketika keluar menangkap ikan di laut berhampiran Kuala Limbang sejak Ahad lepas.

Hamdanie Mustapa 39, dan rakannya Mohd Asrol Karim, 37, dari Kampung Limpaku Pinang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak keluar untuk menangkap ikan pada 3 pagi sebelum kerja pencarian dilakukan penduduk kampung.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pihak polis 6.15 pagi hari ini.

Jelas Mirwan, pencarian yang dibuat oleh penduduk kampung menemui bot nelayan yang digunakan oleh mangsa di Kuala Limbang dalam keadaan karam di kawasan cetek berdekatan Pulau Siarau (Pulau Negara Brunei dan kawasan perairan Negara Brunei) sekitar 4 petang pada Ahad.

“Bot mangsa telah dibawa ke Kampung Limpaku Pinang pada hari yang sama setelah air pasang. Polis Limbang juga memaklumkan bahawa operasi carilamat (SAR) dilakukan hari ini,” katanya.

Katanya, lima anggotanya diketuai Koperal (PA) Mohd Arif Midun menyertai operasi SAR membabitkan sebuah bot penyelamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan