NEW DELHI, 24 Okt: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, manakala 14 yang lain cedera dalam kejadian rempuhan ketika sambutan perayaan di Bihar India pada Isnin, lapor Xinhua.
Insiden berlaku di daerah Gopalganj ketika ratusan berkumpul meraikan festival Durga Puja.
“Rempuhan berlaku di kawasan sesak hingga mengorbankan dua wanita dan seorang kanak-kanak,” menurut polis tempatan.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran, namun identiti tiga mangsa yang maut masih belum dapat dikenal pasti.
Durga Puja, perayaan paling popular di India dan disambut selama lima hari di seluruh negara secara besar-besaran setiap tahun. – TVS