Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nor Safawati di gerai jualannya di Pasar Ikan Sebiew, Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

‘Saya nak sambung belajar macam kawan-kawan saya yang lain, ada kerja bagus’ – Gadis penjual ikan

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 24 Okt: Bergelar seorang anak sulung sememangnya bukan mudah kerana ia datang dengan tanggungjawab yang besar.

Bukan sahaja diharapkan untuk membantu ibu bapa menjaga adik-adik, malah anak sulung juga turut menggalas tugas menyara keluarga sehingga terpaksa mengorbankan impian sendiri.

Itu yang dialami seorang wanita dari Jepak, Nor Safawati, 26, apabila hasratnya menyambung pelajaran tertangguh sejak sekian lama.

Dia yang bekerja sebagai penjual ikan terpaksa berkorban melupakan impiannya kerana tanggungjawab dipikul dan tidak diberi keizinan oleh keluarga untuk berjauhan bagi menyambung pelajaran.

“Sejak daripada zaman sekolah, saya banyak berkorban, saya tiada rezeki sambung belajar kerana tidak diberi izin oleh ibu bapa untuk berjauhan.

“Kalau boleh saya nak sambung belajar macam kawan-kawan saya yang lain, ada kerja bagus, bukan saya cakap kerja jual ikan tidak bagus, cuma saya ingin pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin masa depan.

“Saya nak sambung belajar, jumpa dengan orang ramai dan belajar benda baru. Itu perkara yang tidak tercapai sehingga kini,” katanya ketika ditemui TVS di Pasar Ikan Sebiew, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Sarawak mempertimbangkan pemberian diskaun kepada golongan nelayan dan penjual ikan untuk melanjutkan pelajaran memandangkan rata-rata daripada mereka dari keluarga yang tidak berkemampuan dan miskin tegar.

“Kalau boleh tawarkan pembelajaran separuh masa untuk golongan bekerja seperti saya. Contohnya, saya kerja pagi hingga petang, jadi saya boleh pergi kelas di sebelah malam,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan