Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memperkenalkan Iskandar Turkee pada Program Santai Bersama Pemimpin di Rh Sait Jaya, Bintulu, semalam. Foto: Muqri Aziz (TVS)

PRK Jepak: GPS ada visi dan misi, parti lawan?

ByMuqri Aziz

BINTULU, 23 Okt: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak agar tidak mensia-siakan undi mereka dengan mengundi parti yang tidak berupaya membawa pembangunan.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai visi dan misi yang jelas dalam membangunkan kawasan itu dengan pelbagai projek termasuk projek besar seperti Jepak Jaya dan Jambatan Bintulu-Jepak.

“Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) dan Parti Bumiputera Kenyalang (PBK) sudah bertanding di semua pertandingan dalam pilihan raya tetapi mereka gagal untuk menambat hati pengundi kerana tiada visi yang jelas untuk membangunkan sesebuah kawasan.

“Untuk apa mereka bertanding? Acap kali mereka bertanding, semuanya kalah teruk dan hilang wang deposit.

“Sehubungan itu, janganlah anda sia-siakan undi anda dengan undi mereka dan undi GPS untuk memantapkan lagi pembangunan yang ada di sini,” katanya ketika berucap pada program Santai Bersama Pemimpin di Rh Sait Jaya di sini, semalam.

Program itu disertai, calon GPS Iskandar Turkee, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Tuai Rumah Sait Jaya.

Awang Tengah yang juga Pengarah Pilihan Raya GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak berkata kerajaan negeri mempunyai dasar yang jelas bukan sahaja melangkah ke hadapan malah punyai visi dan misi untuk menjadikan Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Sarawak telah diiktiraf sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia baru-baru ini.

“Ini jelas menunjukkan GPS bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat dan juga melaksanakan pembinaan projek mega seperti Jambatan Bintulu-Jepak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan