Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn bersama para speaker program ‘Synergistic Networking Session: Industry-Institution Engagement 2023’ di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Perkasa perkongsian, pacu perkembangan industri

KUCHING, 24 Okt: Dalam memupuk perniagaan berasaskan teknologi canggih, terdapat keperluan untuk pakar dan profesional menerima perubahan dalam industri yang berupaya membentuk masa depan landskap perindustrian di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menggalakkan pemain industri memupuk perkongsian yang mampu memacu pertumbuhan kolektif dalam perindustrian.

“Kita mesti menerima kemajuan teknologi dan menyepadukan amalan mampan untuk kekal relevan dan bertanggungjawab. Saya menggalakkan pemain industri berkongsi pengetahuan untuk memacu pertumbuhan kolektif.

“Pelbagai latar belakang dan pengalaman akan memperkaya kreativiti dan kebolehan menyelesaikan masalah yang membawa kepada penyelesaian holistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘Synergistic Networking Session: Industry-Institution Engagement 2023’ di sini, hari ini.

Tambahnya, dalam memenuhi hasrat Revolusi Industri (IR 4.0) adalah penting untuk menerima inovasi dan menyesuaikan strategi dalam memanfaatkan potensi era ini.

“IR 4.0 menawarkan kita peluang luar biasa untuk menyelaraskan operasi, meningkatkan produktiviti dan mencipta industri yang lebih mampan dan cekap.

“Automasi, analitik data, Kecerdasan Buatan dan Internet Benda (IoT) bukan lagi konsep futuristik tetapi alat praktikal yang boleh memacu pertumbuhan dan daya saing,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan