Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyarankan kerajaan menggesa negara-negara Arab dan negara Islam menolak sebarang usaha menormalisasi hubungan dengan Israel. Foto: AFP

Penganjuran solidariti bersama Palestin sesuai diadakan di Dataran Perayaan – Menteri Sarawak

KUCHING, 24 Okt: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak mencadangkan Dataran Perayaan, berdekatan Stadium Negeri di sini sebagai lokasi penganjuran perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata lokasi berkenaan dilihat lebih sesuai bagi menghimpunkan rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum.

“Masalah Palestin bukan masalah keagamaan, ia merupakan perjuangan untuk membebaskan tanah air, jadi kalau perhimpunan diadakan di masjid, kita tahu bahawa yang menyokong perjuangan Palestin bukan sahaja yang beragama Islam.

“Saya akan meluluskan sekiranya penganjur ingin mengadakan perhimpunan solidariti di Dataran Perayaan kerana perkara itu di bawah kementerian saya,” katanya dalam sidang media di Bangunan Baitulmakmur II di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tular melalui laman Facebook berhubung acara Perhimpunan Solidariti Palestin Sarawak yang sepatutnya berlangsung di pekarangan Masjid India Kuching pada Ahad lepas, namun dibatalkan atas arahan pihak atasan dan faktor keselamatan.

Bagaimanapun, Abdul Karim berkata pihaknya tidak pasti sekiranya penganjur perhimpunan itu telah mendapatkan permit bagi mengadakan program berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan