Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kennedy Chukpai Ugon sedia mengerahkan jenteranya membantu calon GPS memenangi kerusi Jepak. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Penduduk 28 buah rumah panjang ditadbir PRS bantu kempen GPS

BINTULU, 24 Okt: Parti Rakyat Sarawak (PRS) yakin pengundi di rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak akan memainkan peranan bagi memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN berkenaan.

Ahli Majlis Tertingginya, Kennedy Chukpai Ugon berkata, di Jepak terdapat lebih 98 buah rumah panjang dengan 27 buah daripadanya di bawah pentadbiran PRS.

“Kita (PRS) telah mengenal pasti penduduk rumah panjang untuk turun membantu kempen calon GPS, Iskandar Turkee,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Desa Cerdas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Bintulu di Rumah Panjang Lebung Luang di sini hari ini.

Sementara itu, Kennedy Chukpai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum berkata, PRS akan melaksanakan program yang diselaraskan dengan parti komponen GPS yang lain.

“Kita mempunyai bilik gerakan induk di sini dan akan bantu penyelarasan program,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, program di rumah panjang berkenaan hari ini berjalan lancar malah kagum dengan penyertaan penduduk yang turut mengambil peluang mengenali calon GPS dengan lebih dekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan