Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua lelaki dan seorang wanita berdepan 21 pertuduhan berkaitan kes penipuan pembelian dan pembinaan rumah, membabitkan kerugian RM883,670. Foto hiasan, Envato.

Pelajar universiti swasta di Kuching rugi lebih RM13,000 diperdaya sindiket kerja sambilan

KUCHING, 23 Okt: Seorang penuntut universiti swasta di sini kerugian RM13,180 selepas ditipu ‘scammer’ yang menawarkan kerja sambilan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zukipli Suhaili berkata, mangsa yang berusia 20 tahun berminat untuk mendapatkan komisen sebanyak lima peratus bagi kerja yang ditawarkan.

Kata beliau, nombor telefon mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ‘Wealth Wise Event Y12’ semalam.

“Sejurus itu mangsa diarahkan untuk membuat pindahan wang ke akaun bank yang diberikan serta dijanjikan komisen.

“Setelah menyiapkan tugasan dan menerima komisen sebanyak RM319.56, suspek mengarahkan mangsa untuk membuat tugasan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, mangsa telah membuat empat kali pindahan wang ke tiga akaun bank tempatan berjumlah RM 13,180 untuk mendapatkan komisen yang dijanjikan.

“Mangsa kemudian dimaklumkan komisen akan dikreditkan ke dalam akaunnya pada hari yang sama.

“Namun sehingga laporan dibuat, mangsa tidak menerima komisen dan akhirnya menyedari dirinya telah ditipu,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan