Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kennedy Chukpai Ugon bersama Iskandar Turkee hadirP rogram Desa Cerdas anjuran KEMAS Bahagian Bintulu di Rh. Lebung hari ini. Foto Muqri Aziz (TVS).

GPS miliki dasar jelas bangunkan Sarawak – Kennedy Chukpai

ByMuqri Aziz

BINTULU, 24 Okt: Kerajaan Sarawak yang ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai dasar jelas serta terangkum untuk membangunkan wilayah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, pentadbiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga memahami rangka pembangunan yang diperlukan oleh rakyat Sarawak.

Kata beliau perkara sebaliknya berlaku di pihak parti pembangkang.

“Kita lihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 lalu, beberapa parti lawan termasuk Parti Sarawak Bersatu (PSB) bersungguh-sungguh untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Kerajaan Sarawak namun tidak punyai dasar yang jelas.

“Sebab itu mereka (PSB) kini mengubah haluan dan menyokong GPS kerana mengakui dasar kita yang komited untuk membangunkan (Sarawak termasuklah) Jepak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Desa Cerdas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Bintulu di Rh. Lebung di sini hari ini.

Turut hadir calon GPS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Iskandar Turkee.

Sementara itu Kennedy Chukpai berkata, beliau percaya pemilihan Iskandar sebagai calon merupakan keputusan tepat.

“Ini kerana beliau mempunyai pengalaman luas dan berkaliber untuk menyambung legasi bekas ADUN Jepak, Allahyarham Datuk Talib Zulpilip,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada pengundi Jepak untuk memberikan sokongan padu bagi memenangkan calon GPS itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan