Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar (Dr) Abdul Aziz Husain (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif SMITH Robert Hardin (kiri), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank Encik Arshad Mohamed Ismail (empat kanan) dalam sesi bergambar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan antara EXIM Bank dan SMITH.

EXIM Bank Malaysia dan SMITH meterai perjanjian, jadikan Sarawak hab penjagaan kesihatan

ByRegina Lee

KUCHING, 24 Okt: Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Hab Inovasi Teknologi Perubatan Sarawak (SMITH) bagi mengukuhkan sokongan ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab penjagaan kesihatan terunggul di rantau ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank EXIM Arshad Ismail berkata, kerjasama pihaknya dengan SMITH merupakan bukti untuk memupuk inovasi dan kemajuan dalam penjagaan kesihatan.

“Kami menyediakan sokongan kewangan dan keselamatan yang diperlukan untuk memacu masa depan teknologi perubatan dalam memastikan inovasi tidak mengenal batas dan isu pengangguran ditangani,” katanya.

Perjanjian itu dijangka dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak, merangsang pertumbuhan ekonomi dan menurunkan kadar pengangguran serta meletakkan Sarawak sebagai salah satu pemain global dalam industri farmaseutikal melalui projek SMITH.

Pelaksanaan projek itu juga adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada peralatan dan ubat-ubatan farmaseutikal import.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMITH, Robert Hardin berkata, jalinan kerjasama itu menunjukkan keyakinan terhadap  projek mereka.

“Menerusi sokongan yang diberikan kepada projek ini, ia bukan sahaja akan mengembangkan Tanjung Kidurong di Bintulu tetapi juga Sarawak dan Malaysia secara keseluruhan dengan lebih banyak peluang pekerjaan dapat dijana sepanjang pelaksanaan projek ini,” katanya.

Pada Mac lepas, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak melihat pelaksanaan projek SMITH di Bintulu sebagai peluang besar dalam rantaian bekalan penjagaan kesihatan global.

SMITH merupakan hab perubatan yang menampilkan pengilangan peranti perubatan dan teknologi pengkomersilan, dan dikategorikan kepada beberapa sektor termasuk  pembuatan peranti perubatan dan farmaseutikal, inovasi, transformasi digital dan agro komoditi.

Fasa pertama project SMITH ialah fasiliti pembuatan sarung tangan perubatan di SEDC Petchem Industrial Park dengan keluasan tanah 36 ekar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan