Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Johnson Lee (kiri) dan Jonathan Lee (kanan) ketika ditemui TVS di Jepak, Bintulu, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

PRK Jepak: GPS jadi pilihan pengundi Cina

ByHafeezzur Muzamir

JEPAK, 23 Okt: Pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak memberikan respons positif terhadap calon yang ditampilkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu.

Tinjauan TVS di kawasan majoriti kaum itu mendapati, mereka selesa dengan GPS malah berpuas hati dengan pentadbiran parti itu.

Johnson Lee, 53, berkata, hanya GPS menjadi pilihannya kerana yakin gabungan itu mampu untuk terus membawa kemajuan kepada masyarakat Cina di Jepak.

“Selama ini saya memang sokong GPS malah percaya masyarakat Cina yang lain di sini akan terus memberi sokongan kerana tiada sebarang masalah.

“Di Jepak, masyarakat Cina rata-ratanya bekerja sendiri termasuk membuka perniagaan.

“Kami lihat GPS mampu membawa kemajuan kerana lebih banyak kemajuan, perniagaan akan terus berkembang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi Jonathan Lee, 26, pula, dia berpendapat sebahagian besar pengundi Cina di Jepak terutamanya golongan muda akan memberi sokongan kepada GPS memandangkan pelbagai inisiatif dilaksanakan antaranya Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

“BKSS merupakan salah satu perkara baik kerana memberi subsidi kepada rakyat,” katanya.

Berdasarkan statistik pecahan kaum di DUN Jepak, seramai 1,421 pengundi Tionghua layak membuang undi pada 4 November ini.

PRK DUN Jepak menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Iskandar dari GPS, Stevenson Joseph Sumbang (Parti Bumi Kenyalang) dan Chieng Lea Phing dari Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan