Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah satu kubur yang dirosakkan di Sungai Bagiau. Foto, IPD Tatau.

Polis sahkan kes 12 kubur di Sungai Bagiau, Tatau dirosakkan

TATAU, 23 Okt: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tatau mengesahkan kes khianat melibatkan 12 buah kubur di tanah perkuburan Kristian di Sungai Bagiau, dekat sini semalam.

Ketua polis daerah, Deputi Superintendan (DSP) Jame Reis berkata, pihaknya menerima laporan daripada waris yang menziarahi tanah perkuburan itu.

Katanya, jarak dari pekan terdekat ke kawasan perkuburan itu mengambil masa 30 minit melalui laluan sungai.

Antara kubur di tanah perkhuburan Kristian Sungai Bagiau di Tatau yang diceroboh individu yang tidak bertanggungjawab. Foto: IPD Tatau

“Pasukan penyiasat IPD Tatau telah ke lokasi menggunakan perahu kerana tiada akses jalan darat ke kawasan perkuburan berkenaan.

“Siasatan mendapati sebanyak 11 buah kubur wanita dan sebuah kubur lelaki telah digali dan dirosakkan” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kawasan tanah perkuburan berkenaan dikelilingi hutan belukar dan tidak mempunyai penjaga dan serta tidak berpagar.

“Hasil siasatan mendapati kesemua kubur yang terjejas mempunyai kesan galian sedalam dua hingga tiga kaki di bahagian kepala,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan